Wednesday 24 August 2016


KONSEP PENYIARAN

Pengenalan


  • Dalam Al Qur’an dengan sangat mudah Anda akan menemukan contoh kongkrit bagaimana Allah selalu berkomunikasi dengan hambaNya melalui wahyu. 
  • Selain itu, kita mendapati Rasulullah SAW dalam berkomunikasi dengan keluarga, sahabat dan umatnya.
  • Komunikasi Baginda sudah terkumpul dalam ratusan ribu hadits yang menjadi penguat, penjelas Al Qur’an sebagai petunjuk bagi kehidupan umat manusia.
  • Komunikasi sangat berpengaruh terhadap kelanjutan hidup manusia, baik manusia sebagai hamba, anggota masyarakat, anggota keluarga dan manusia sebagai satu kesatuan yang universal.
  • Komunikasi dalam Islam dinilai penting, kerana adanya kewajiban berdakwah kepada setiap orang-orang yang beriman sehingga nilai-nilai Al Qur’an dan haditsnya harus selalu dipraktikkan kepada orang lain, khususnya kaum keluarga digunakan menghindari daripada seksaan api neraka.
  • Penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an, iaitu melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur menerusi udara yang berlangsung selama tiga kali seminggu dan setiap kali berlangsung selama dua jam.
  • Falsafah awal penyiaran di Malaysia adalah berasaskan falsafah pemikiran British.Pengaruh penyiaran yang terdiri daripada warga British, iaitu David Lyttle.
  • Selepas 4 tahun barulah jawatan tersebut digantikan oleh warga tempatan iaitu Dol Ramli


Garis Panduan Penyiaran      

Garis panduan penyiaran merupakan satu perkara penting bagi melindungi kepentingan orang awam, Negara dan kerajaaan daripada anasir-anasir yang boleh mengacam perpaduan dan pertumbuhan Negara yang disebarkan oleh media penyiaran.

Tujuan garis panduan ini adalah untuk memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di Malaysia memenuhi dasar-dasar dan aspirasi Negara kearah mencapai wawasan 2020.

Garis panduan ini ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio dan televisyen.


2.1.1 Pengertian Penyiaran dan Penyiaran Islam

   
Penyiaran didefinisikan sebagai aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan rado dan televisyen kepada khalayak ramai di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan system analog, satelit atau kabel.

Dalam erti kata lain, penyiaran ialah pengedaran isyarat audio dan video yang memancarkan rancangan kepada audiens, baik orang ramai mahupun golongan tertentu melalui proses elektromagnetik atau gelombang.

Ciri-ciri siaran yang boleh disiarkan

  • Bersesuaian dan meyakinkan rakyat atas dasar dan rancangan-rancangan semasa Negara.
  • Gambar-gambar orang ramai yang mencerminkan masyarakat berbilang kaum.
  • “Gesture” asing yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia yang membayangkan perasaan muhibah antara pemimpin Malaysia dengan pemimpin Negara luar.
  • Penyiaran Islam ialah sesuatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak ramai berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.

Ciri-ciri siaran berita yang tidak boleh disiarkan
  • Menjejaskan imej Negara.
  • Melibatkan keselamatan Negara seperti kegiatan anasir subversive, rusuhan, tunjuk perasaan dan lain-lain kejadian yang menjejaskan ketenteraman awam.
  • Mengenai Negara-negara lain yang memperkecilkan Negara yang bersahabat dengan Malaysia.
2.1.1 Akta Penyiaran

         Malaysia tidak mempunyai sebarang akta rasmi dan peraturan untuk mengawal siaran radio dan televisyen. Isu akta dibangkitkan apabila kerajaan memperkenalkan dan melancarkan dasar penswastaan. Penubuhan stesen TV swasta pertama iaitu TV3 oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) pada Jun 1984 telah timbul persoalan tentang kawalan kandungan siaran TV. TV3 yang merupakan stesen TV swasta yang mementingkan keuntungan telah membawa unsur-unsur seks dan keganasan kepada rakyat. Malah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut meniru TV3 untuk menarik penonton. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah membentuk Akta Penyiaran 1988 dan mula dikuatkuasakan pada tahun 1989.

Akta penyiaran mengandungi peruntukan mengenai peruntukan mengenai kawalan perkhidmatan penyiaran dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Terdapat limabahagian yang berasingan di bawah Akta Penyiaran 1988 ini.

Akta Penyiaran 1988




  •  Autoriti yang diwujudkan di bawah Akta Penyiaran 1988 adalah mutlak dan kuasa kawalan penyiaran adalah di bawah Menteri Penerangan. 
  • Tujuan akta ini adalah untuk memastikan TV3 atau mana-mana institusi penyiaran yang mungkin wujud pada masa yang akan datang tidak dapat lari dari kawalan kerajaan. 
  • Pada tahun 1996, akta ini telah dipinda dan dinamakan Akta Penyiaran(Pindaan) 1996. Pada tahun 1996 juga wujud rancangan Multimedia Super Corridor (MSC). Akta ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

Akta ini mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006. Ia mengandungi 11 bahagian dengan 282 seksyen.


Peraturan 1991

Peraturan Penyiaran (Lesen Penerimaan Siaran Televisyen dan pihak yang terlibat dalam Siaran Televisyen dan Radio) 1991 (Peraturan 5) mengandungi empat bahagian. Tujuan peraturan ini dibuat adalah untuk memastikan setiap pemilik stesen penyiaran atau media cetak perlu mempunyai lesen. Peraturan Penyiaran (Lesen Penerimaan Siaran Televisyen dan pihak yang terlibat dalam Siaran Televisyen dan Radio) 1991 (Peraturan 5) adalah seperti berikut:

  Bahagian I

Peraturan ini dikenali sebagai Peraturan Penyiaran 1991 (Lesen Penerimaan Siaran Televisyen dan pihak yang terlibat dalam Siaran Televisyen dan Radio) berkuat kuasa pada 1 Julai 1991.

  Bahagian II

Menggariskan bahawa pihak berkuasa pelesenan mempunyai kuasa untuk memanggil pemohon lesen siaran televisyen untuk menghadirikan diri semasa permohonan atau perbaharu lesenLesen yang dikeluarkan adalah sah bermula dari tarikh ia dikeluarkan sehingga tarikh tamat tempoh dan pemegang lesen tersebut hendaklah memperbaharunya semula sebelum atau pada tarikh tamat tempoh tersebut.Pemegang lesen tidak dibenarkan memindahkan atau melupuskan sebarang lesen yang dikeluarkan.Pemegang lesen hendaklah memberitahu pihak berkuasa pelesenan tentang sebarang perubahan pada alamat atau butir-butir yang terdapat di dalam lesen pada masa 14 hari dan tarikh perubahan tersebut.Pihak berkuasa pelesenan mempunyai kuasa untuk memeriksa lesen apabila perlu pada masa yang sesuai

  Bahagian III

Lesen yang dikeluarkan adalah untuk tujuan kegunaan satu atau lebih siaran televisyen oleh pemegang lesen, ahli keluarganya dan pekerja domestik yang tinggal bersama-sama dengan pemegang lesen tersebut.Bagi siaran televisyen yang terdapat di dalam kenderaan bermotor, pesawat udara atau kenderaan air, satu lesen yang berlainan diwajibkan.Bagi tempat-tempat seperti sekolah, hospital, pusat kebajikan dan institusi latihan, mereka dibenarkan memohon satu lesen sahaja bagi kegunaan satu atau lebih siaran televisyen.Bagi pemilik hotel yang merupakan pemegang lesen, mereka dibenarkan menggunakan satu atau lebih siaran televisyen oleh pemilik itu sendiri, ahli-ahli keluarganya dan pekerja residen atau sesiapa yang tinggal di dalam bilik hotel yang bukan merupakan pelanggan hotel. Lesen yang berlainan diperlukan bagi siaran televisyen yang terdapat di setiap bilik hotel untuk tujuan kegunaan pelanggan hotel.

  Bahagian IV

Peniaga yang terlibat dalam siaran televisyen dan radio yang mempunyai lesen yang sah hendaklah mempamerkan rekod pendaftaran di dalam premis perniagaan mereka seperti yang diwajibkan oleh pihak berkuasa pelesenan.Ia hendaklah dalam Bahasa Melayu dan mempunyai butir-butir seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat pembeli, pemilik atau penyewa dan sebagainya yang diperlukan oleh pihak berkuasa pelesenan dari semasa ke semasa.Peniaga kenderaan bermotor diwajibkan memohon lesen sekiranya terlibat dalam penjualan kenderaan bermotor yang dilengkapi siaran radio atau televisyen.

2.1.3 Kod Etika Penyiaran Islam
  • Merupakan garis panduan kepada penyiar media penerbit, pengarah atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam penyiaran. 
  • Kod Etika Penyiaran ini dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertubuhan negara yang disebarkan melalui media penyiaran.
Setiap bentuk penerbitan yang disiarkan perlu mematuhi undang-undang negara, peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang sedia ditetapkan. Antaranya:
  • Rukun Negara
  • Sosiobudaya Malaysia
  • Garis panduan penapisan LPF (Lembaga Penapisan Filem Malaysia)
  • Misi dan Visi Jabatan Penyiaran
  • Dasar-dasar semasa kerajaan
  • Undang-undang dan akta yang berkaitan
Rangka kod kandungan telah digubal untuk mempertingkatkan karya dan kretiviti di samping memelihara aspek nilai-nilai keagamaan, sosiobudaya berbilang kaum dan peka terhadap sensitivity di Malaysia seperti:
  • Melarang kandugan yang tidak sopan seperti bahan yang menyinggung , sombong dan bertentangan dengan perlakuan yang diterima pakai oleh masyarakat setempat. Contohnya pakaian, kelakuan, percakapan, bunyi, symbol dan grafik.
  • Melarang kandungan yang lucah seperti mengandungi unsur-unsur seks kerana penggambaran adegan berahi yang menyinggung tatasusila dan kesopanan. Contohnya: adegan rogol, berahi,bogel,kegiatan seks manusia atau haiwan, pornogafi
  • Melarang kandungan yang tidak benar seperti bahan palsu, mengelirukan, meragukan dan maklumat tidak lengkap Contohnya:Petikan al-Quran dan Hadis yang tidak lengkap, tahyul
  • Melarang kandungan mengancam nelalui kata-kata atau perbualan seperti kandungan yang mendorong keganasan, mencederakan, berniat buruk serta menggalakkan perlakuan jenayah dan kacau bilau dari segi mental dan fizikal.

Selain kod tersebut, kod perlindungan kanak-kanak turut digubal untuk menjaga perlindungan kanak-kanak. Antara yang digubal adalah berkaitan:
  • Bahasa yang digunakan harus memberi teladan dan kesan yang baik kepada kanak-kanak.
  • Penggunaan bahasa kesat, bahasa pasar, bahasa lucah dan bahasa konotasi interpretasi yang negative perlu dielakkan
  • Audio dan visual yang membolehkan menyumbangkan kepada perkembangan sosial, emosi, intelektual dan fizikal kanak-kanak mestilah tidak mengandungi adengan yang mendorong keganasa, adegan yang menjurus kepada perlakuan seks, tema yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan, adegan yang tidak menghormati orang tua , tidak berakhlak mulia dan gaya hidup tidak sihat
  • Kategori kanak-kanak adalah berumur 15 tahun ke bawah
  • Rancangan kanak-kanak didefinisikan sebagai rancangan untuk mengisi keperluan,difahami dan dihargai kanak-kanak


Penggunaan bahasa juga perlu mudah difahami dan dipatuhi oleh media penyiaran. Antara perkara yang perlu dipatuhi ialah:

  • Bahasa kesat/lucah tidak dibenarkanPenemu ramah hendaklah menggunakan bahasa Melayu standard
  • Elakkan aural/visual menjatuhkan imej seseorang
  • Elakkan aural/visual yang ganas atau mengerikan


Kod Etika Pengiklanan

Kod etika ini dirangka untuk melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang boleh mengancam perpaduan dan pertumbuhan negara yang disebarkan melaui penyiaran.

        Kod iklan ini hanya diguna pakai terhadap iklan-iklan komersial yang disiarkan di stesen radio atau TV sahaja. Mula berkuatkuasa mulai 1 Oktober 1998. Menteri ialah pihak berkuasa mengikut budi bicaranya  untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan di dalam kod ini dari semasa ke semasa.

        Dalam kod etika pengiklanan, terdapat tafsiran bagi sesetengah perkataan yang hendaklah digunakan secarat tersurat atau tersirat. Antara tafsiran di dalam kod ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:

  • “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi penyiaran“Kementerian” ertinya Kementerian Penerangan“Barangan” ertinya apa-apa produk, perkhidmatan dan kemudahan yang diiklankan“Kanak-kanak” ertinya kaanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Sesuatu iklan haruslah mempunyai satu aspek yang penting iaitu kesopanan untuk memastikan iklan tersebut tidak mengandungi apa-apa penyampaian oral atau visual yang bercanggah atau menghina kesopanan yang lazim dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia.
  • Selain itu, iklan yang disiarkan haruslah jujur, benar dan betul. Iklan tersebut pelu mengelakkan sesuatu yang akan meragukan dan juga dapat mengelakkan daripada menyinggung perasaan, menghina jantina, politik atau orang perseorangan.
  •  Perbandingan secara tidak langsung adalah dibenarkan bagi menggambarkan aspek teknikal, elektronik, faedah-faedah yang berkaitan dan objektifnya serta sifat-sifat barangan dan perkhidmatan yang diiklankan. 
  • Iklan tidak boleh mempuyai unsur penghinaan dan memburukkan aktiviti, syarikat, atau barangan lain, walaupun tidak disebut secara khusus adalah tidak dibenarkan. 
  • Iklan juga tidak boleh menghina moral, sivil dan pegangan agama rakyat. 
  • Iklan mesti menghormati kemulian manusia dalam segala bentuk dan ungkapan.

  Etika bagi wanita dan lelaki dalam iklan mesti mesmatuhi:      

Autoriti – kaum wanita dan lelaki hendaklah menunjukkan secara berautoriti dan                            

                  berhak dalam menentukan sesuatu.

Keganasan – Pengiklanan tidak boleh menunujukkan kaum lelaki mengugut atau

                        Menindas kaum wanita atau sebaliknya

  • Iklan tidak dibenarkan mengambil kesempatan kesempatan terhadap sifat mudah percaya dan ketaatan kanak-kanak.
  • Penggunaan kanak-kanak dalam iklan tidak digalakkan melainkan jika barangan yang diiklankanmempunyai kaitan secara langsung kepadanya

Barangan jenama rokok:

  • Gambar pek atau rokok ataupun sebahagian daripada pek ataurokok tidak dibenarkan, Barangan yang menyerupai atau mirip dengan pek rokok, rokok atau aksesori merokok juga tidak dibenarkan

Iklan ubat, racun makhluk perosak, iklan makanan dan minuman yang mengandugi tuntutan dan iklan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara:

  • Iklan ubat, rawatan dan kemudahan perubatan adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Iklan racun makhluk perosak adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Racun makhluk Perosak, Kementerian Pertanian MalaysiaInstitusi Pengajian tinggi Luar Negara adala di bawah bidang kuasa unit Pengajian Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia

Barangan dan adegan yang tidak boleh diiklankan seperti:
  • Khinzir dan barangan yang berkaitan dengannya
  • Notis-notis kematian, urusan pengebumian, tugu-tugu perkuburan
  • Agensi perkahwinan dan kelab persahabatan atau mencari jodoh
  • Tuala wanita dan lampin dewasa
  • Pakaian dalam
  • Permainan bunga api dan mercun
  • Barangan pelangsingan badan (slimming product) yang digunakan secara oral ataupun aplikasi luar badan

2.2 BENTUK-BENTUK PENYIARAN
Pada era globalisasi media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan juga sebagai medan social bagi mempercepat proses modensasi. Selain Itu, di Malaysia pula terdapat dua jenis media penyiaran, iaitu media penyiaran melalui televisyen dan radio. Dua medium ini pada awalnya menjadi alat utama bagi pihak kerajaan untuk menyampaikan mesej-mesej pembangunan.
Media penyiaran juga mengalami perubahan dari semasa ke semasa dalam meningkatkan tahap kecekapan media penyiaran di Malaysia. Televisyen dan radio menjadi alat hiburan dan pendidikan melalui program TV yang disusun dengan rapi bagi memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat. Media penyiaran ini bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan dan pendidikan semata-mata. Malah sejak beberapa tahun ini, sudah terdapat media penyiaran yang bermatlamat untuk penyebaran ilmu islam. Sebagai contohnya, TV AlHijrah, Astro Oasis, Radio IKIM dan Radio SALAM fm. Dengan kewujudan media penyiaran yang berkonsepkan keislaman, maka program-program yang disiarkan perlu selari dengan konsep al-thabat (tetap) dan murunah (fleksibel).
Terdapat beberapa objektif rancangan-rancangan agama di televisyen dan radio. Antara objektifnya :
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.”
(Surah Al’Imran 3:104)


Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT menyeru kepada umat islam untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran atau amal makruf dan nahi munkar. Teknologi yang muncul di era ini merupakan wasilah yang paling dekat dengan masyarakat dan semakin meluas digunakan oleh masyarakat tanpa mengambil kira usia. Perkembangan ini dapat membantu masyarakat untuk melakukan kebaikan dan menyampaikan dakwah melalui medan penyiaran, iaitu media.
2.2.1 MEDIA MASSA
Media dari segi bahasa, bermaksud alat atau perantaraan komunikasi (perhubungan) sebagai contohnya seperti radio, televisyen dan akhbar. Dalam bahasa Arab, perkataan media diterjemahkan sebagai al-I’lam yang berasal daripada perkataan a’lam yang membawa maksud alat-alat penerangan atau dengan erti kata lain media merupakan sebuah medium yang menghubungkan manusia. Menurut Cambridge International Dictionary of English media bermaksud “Medium or media-method or way of expressing something”. Alan Hancock (1992) pula menterjemahkan “media” berasal daripada perkataan medium yang merujuk kepada satu jalan atau cara dengan komunikasi dapat dilakukan dan sebagai satu saluran untuk memberi maklumat”. Maksud media pada pandangan Christine Beckert (1992), “sebagai satu kumpulan kerja yang disusun untuk menyampaikan mesej yang sama kepada kumpulan yang ramai pada masa yang sama”. Ensiklopedia Malaysian menjelaskan media ialah saluran atau alat bagi pengamal perhubungan awam menyampaikan mesej atau maklumat.
Media pada zaman Rasulullah SAW banyak menggunakan syair, khutbah, seruan atau laungan di pasar. Pada ketika itu, pelbagai media dan metodologi digunakan untuk menarik minat golongan bukan islam. Oleh hal yang demikian, islam menggalakkan pengikutnya menggunakan media dalam menyampaikan maklumat kepada manusia tanpa melihat dari mana datangnya saluran media tersebut, asalkan saluran itu tidak bercanggah dengan roh Islam dan tabiat hukumnya. Dengan itu, islam itu adelah universal, sebab semua boleh menerimanya walau dengan pelbagai cara.
Media massa pula ialah pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui perhubungan pukal. Media massa dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Mass Communication, bermaksud saluran penyampaian kepada masyarakat sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan berita atau maklumat kepada masyarakat secara langsung. Menurut Cangara (2002), media massa merupakan “alat yang digunakan dalam menyampaikan maklumat daripada sumber kepada masyarakat dengan menggunakan alat komunikasi. Contoh alat komunikasi ialah surat khabar, filem, radio, televisyen dan sebagainya”. Bagi pendapat Rahmat (2001), media massa ialah “factor lingkungan yang mengubah perilaku manusia melalui proses pelaziman klasik, pelaziman opera atau proses imitasi”.
Media massa sebenarnya merupakan pendorong utama dalam proses pembangunan Negara. Hak ini dijelaskan oleh Lerner (1986), beliau mengaitkan manusia yang moden dengan pendedahan kepada media. Lerner berpendapat bahawa pembangunan sesebuah negara itu tercapai apabila masyarakat tradisional menjadi masyarakat yang giat menyertai aktiviti politik dan ekonomi negara. Penyertaan ini akan bertambah dengan adanya pendedahan kepada media massa. Sasaran Lerner adalah seperti yang berikut :
Rajah 2.3 Pendedahan Media Massa
Schramm (1976) dan Rogers (1978) juga turut memperkatakan peranan media massa dalam pembangunan negara dan menyatakan bahawa pembangunan berlaku apabila masyarakat ingin menerima perubahan dan pembaharuan. Dalam hal ini, mengemukakan lima tahap psikologi penerimaan sesuatu pembaharun, iaitu penerimaan, kesedaran , minat, percubaan dan penilaian.
Rajah 2.4 Tahap Psikologi Penerimaan Masyarakat
Daripada kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan di tahap pertama dan kedua. Walau bagaimanapun, media massa tidak boleh bertindak bersendirian, media massa hanyalah membantu lain-lain jenis komunikasi, khususnya komunikasi prasemuka untuk mewujudkan pembangunan. Media massa hanya boleh menimbulkan kesedaran dan minat dalam kalangan penerimanya.
Rogers pula memberikan peranan ‘magic’ kepada keupayaan media massa dalam pembangunan melalui formula ‘Magic Multiplier’:



Rajah 2.5 Formula ‘Magic Multiplier’
Secara kesimpulan, para pengkaji komunikasi bersependapat bahawa komunikasi melalui media massa mempunyai keupayaan untuk mewujudkan satu situasi yang sesuai untuk pembangunan. Hal ini kerana media penyiaran merupakan jentera informasi. Informasi pula merupakan satu prasarana yang perlu dalam usaha membangunkan sesebuah negara. Apabila seseorang mendapat informasi akan wujud satu reaksi daripada seseorang itu. Manusia akan bertindak melalui informasi yang diperolehnya. Oleh yang demikian, media penyiaran sememangnya berfungsi sebagai alat yang menyedarkan penduduk sesebuah negara tentang pembangunan.

Rajah 2.6 Jenis-Jenis Media Massa


MEDIA CETAK


Mengikut Kamus Dewan (2005), media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, komik, majalah dan lain-lain. Media cetak juga merupakan media yang menyampaikan pesan-pesan dengan menggunakan kertas atau kain. Unsur-unsur utama media cetak ialah tulisan (teks), gambar visual atau kedua-duanya. Menurut Dennis McQuil (1987), media cetak ialah media yang mengandungi maklumat-maklumat yang berkait rapat dengan kepentingan masyarakat seluruhnya dan tidak terbatas pada kelompok tertentu sahaja. Hal ini kerana, media cetak  digunakan untuk mengembangkan budaya, seni,simbol,norma-norma dan gaya hidup.


SEJARAH MEDIA CETAK


Pada awalnya, media cetak adalah dalam bentuk novel dan buku-buku fiksyen dengan harga yang mahal yang hanya boleh dimiliki oleh orang yang berpendidikan sahaja. Mereka terdiri daripada bangsa Mandarin, Mesir, Cina, Islam dan Roma. Kemudiannya, pedagang Arab membawa teknologi ini ke Barat. Di Eropah, media cetak dikembangkan melalui literatur-literatur yang menggunakan bahasa setempat masyarakat masing-masing. Kemudian, Eropah mula mencetak kitab agama dan lembaga pendidikan semakin banyak mempromosikan penulis dan mencetak beberapa buku penting. Kitab agama pada tahun 1455 membawa perubahan dalam teknologi mesin cetak ini, bentuk baharu yang memungkinkan percetakan dilakukan dalam jumlah yang besar. Di Amerika, media cetak pertama bermula dengan percetakan banyak kitab agaa pada tahun 1640. Benjamin Franklin merupakan salah seorang pakar yang menemukan inovasi media cetak tersebut. Kegiatan perpustakaan pertama bermula pada tahun 1731 sehinggalah warga Amerika telah menyambut konsep perpustakaan dengan baik. Kewujudan perpustakaan memberi kesempataan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membaca dan meminjam buku-buku, surat khabar dan majalah.
Pada sekitar tahun 1800, masyarakat pembaca Amerika mulai terbentuk seiring dengan keadaan sosial, pendidikan, ekonomi dan perkembangan masyarakat urban menengah. Kemudiannya majalah muncul pada tahun 1700, dengan tema fiksyen dan bukan fiksyen. Pada tahun 1741, Philadelphia menjadi pusat majalah yang pertama. Para penerbit cuba memperkenalkan majalah jangka pendek untuk revolusi Amerika. Selama revolusi sekitar tahun 1775-1789, kebanyakan buku dan majalah yang berkaitan dengan politik dan pada tahun 1790-an, isu yang berkaitan dengan ekinomi mula ditulis. Pada tahun 1920, penerbitan majalah mula bersaing dengan radio dan filem. Setelah dasar pengiklanan diperkenalkan dan wujudnya audiens yang lebih spesifik, maka penerbitan majalah berkembang sesuai dengan peredaran masa. Oleh sebab itu, muncul pelbagai majalah baharu dengan pebagai-bagai metode dan dilengkapi pembayangan gambar / foto yang menarik.


Menurut sejarah, media cetak di Jerman bermula dengan penemuan mesin cetak metal atau dikenali sebagai “hand-press” oleh Guttenberg (Johann Gensffleisch) pada tahun 1456. pada awal penemuan, mesin cetak metal hanya digunakan untuk membuat kitab Injil, Mazarin Bible. Sebelum penemuaan mesin cetak tersebut, Guttenberg menulis kitab Bible secara manual. Kemudiannya pada tahun 1833, Bunyamin Day telah memperluas penggunaan mesin cetak ini untuk membuat surat khabar New York Sun dan kemudiannya telah melancarkan surat khabar tersebut secara besar-besaran (Nor Daniah,2014). Bermula daripada penyebaran surat khabar New York Sun, masyarakat dunia mengenali media cetak dan mula mendapat maklumat melalui media cetak. Bermula dari situ jiga, media cetak semakin berkembang supaya selari dengan perkembangan teknologi komunikasi dan semakin lama semakin mudah untu diakses.


JENIS-JENIS MEDIA CETAK


BUKU


Sejarah awal buku bermula apabila terhasilnya buku kuno ekoran daripada masyarakat pada zaman tersebut sudah tidak mampu untuk menghafal segala cerita, nyanyian, doa-doa ataupun syair yang sebelumnya disampaikan kepada masyarakat secara lisan dari mulut ke mulut. Pada ketika itu, kuno tersebut ditulis dengan menggunakan kepingan batu atau ditulis di atas kertas yang diperbuat daripada daun papyrus.
Mesir merupakan bangsa pertama yang mengenal tulisan yang diebut hierogrif (bentuk huruf berupa gambar-gambar ) yang ditulis diatas kepingan batu-batu atau keratas papyrus pada sekitaar tahun 2400S.M. Selain Mesir, bangsa Romawi juga antara bangsa yang menggunakan papyrus untuk menulis. Kertas papyrus bertulisan dan berbentuk gulungan papyrus ini disebut sebagai bentuk awal buku atau buku kuno. Panjang gulungan papyrus ini kadang-kadang mencapai puluhan meter. Strukturnya yang panjang menimbulkan masalah bagi  orang yang menulis mahupun orang yang membacanya. Oleh sebab itu, ada juga gulungan papyrus yang dipotong-potong. Papyrus terpanjang terdapat di Muzium British di London yang mencapai 450 meter.
Selain Mesir dan Romawi, buku di tamadun lain adalah dalam bentuk yang lain, cotohnya di Kemboja. Sami Buddha di negara itu membaca “buku” yang diperbuat daripada daun dan amalan ini masih dikekalkan sehingga hari ini. Perkara ini pernah dilaporkan oleh Nasional Geografi. D negara China, sebelum terciptanya kertas, para cendiakawan di situ menulis di atas lidi buluh dan mengikat lidi ini menjadi buku. Amalan menulis di atas lidi telah mempengaruhi sistem tulisan Cina sehinggakan orang cina mengamalkan tulisan menegak sehingga pada awal zaman moden.
Buku memasuki satu era yang baharu apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di negara Cina seawal tahun 200 S.M. Selepas itu, teknologi ini dibawa oleh pedagang Muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mudah disimpan dan juga bertahan lama.
Penemuan mesin cetak pertama merupakan tahap perkembangan yang penting dalam dunia pembukaan. Mesin cetak ini telah dijumpai oleh Johanes Gutenberg telah berjaya mengatasi kesusahan dalam pembuatan buku dengan menggunakan tulisan tangan. Gutenberg menemukan cara-cara percetakan buku dengan huruf-huruf logam yang terpisah. Huruf-huruf tersebut boleh dibentuk menjadi kata atau kalimat. Selain itu, Gutenberg juga melengkapi ciptaannya dengan mesin cetak. Walau bagaimanpun, untuk menghasilkan satu-satu buku, masa yang lama diambil kerana mesinnya kecil dan jumlah huruf yang digunakan adalah terbatas. Namun dengan terciptanya mesin ini, cetakan dengan cepat dan jumlah yang banyak dapat dibuat
Gutenberg memulakan penggunaan mesin cetak pada abad ke-15. Mesin cetak digunakan oleh Gutenberg bertahan sihingga abad ke-20 sehingglah teknik mencetak yang lebih sempurana di jumpai pada pertengahan abad ke-20 yang dipanggil sebagai percetakan offset.
Pada zaman moden kini, perkembangan teknologi semakin canggih. Mesin-mesin offset raksasa yang mampu mencetak ratusan ribu buku dalam waktu singkat telah dibuat. Kemudian, diikuti pula dengan penemuan komputer sehingga memudahkan penyusunan huruf dan membuat halaman bercetak. Selepas itu, diikuti pula dengan penemuan mesin penjilidan, mesin pemotong kertas, alat pengimbas (seperti mengimbas gambar,ilustrasi atau teks yang boleh diimbas melalui komputer) dan juga mesin pencetak.
Semua penemuan yang menakjubkan telah menjadikan buku-buku sekarang ini udah dicetak dalam masa yang singkat, dijilid dengan kemas dan tersusun malah menghasilkan suatu cetakan dan reka bentuk yang sangat berkualiti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila berbagai-bagai jenis buku yang diterbitkan bersilih ganti dengan reka bentuk yang semakin menarik. Di negara kita juga, terdapat banyak penerbit buku yang muncul  seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap penerbit buku yang berlumba-lumba untuk menghasilkan cetakan, reka bentuk dan kualiti yang terbaik untuk masyarakat. Penerimaan masyarakat terhadap buku juga mengalami peningkatan.



MAJALAH
Majalah adalah kumpulan berita, artikel, cerita,iklan dan sebagainya yang dicetak dalam bentuk lembaran kertas berukuran kuarto atau folio. Majalah  dijilid seperti bentuk buku serta diterbitkan secara berkala seperti seminggu sekali, dua minggu sekali atau seblan sekali. Pendapat lain pula mengatakan majalah ialah media cetak yang diterbitkan secara berkal bukan diterbitkan setiap hari, mesti bersampul atau setidak-tidaknya mempunyai kulit dan dirancang secara khusus.
Jelaslah majalah berbeza daripada akhbar kerana majalah mempunyai cara yang tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca yang lebih memberi tumpuan secara spesifik terhadap suatu maklumat. Isu-isu yang diketengahkan ialah isu semasa tetapi tidak begitu penting untuk disampaikan kepada pembaca.
Menurut John Merrill dan Ralph Lowenstein, majalah boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu Unit Pengkhususan(Unit Specialisation) dan Pengkhususan Dalaman(Internal Specialisation).
Unit Pengkhususan
  • Majalah yang sasaran pembaca mempunyai minat tertentu
Pengkhususan Dalaman
  • Majalah yang berkaitan dengan isu-isu umum yang mempunyai pembaca yang ramai serta menyediakan artikel dari pelbgai isu


Majalah pertama yang diterbitkan adalah pada awal abad ke-18 di England yang dinamakan sebagai “Review” yang merupakan gabungan antara majalah dengan akhbar. Kemudian dengan majalah “Tatler”, kedua-dua majalah ini mengandungi artikel yang berkaitan dengan sastera dan satira. Di Amerika Syarikat pula, majalah pertama yang diterbitkan ialah”American Magazine” yang diterbitkan oleh Andrew Bradford dan Benjamin Franklin yang diberi nama “General Magazine” dan “ Hisrorial Chronicle” pada tahun 1741. Majalah-majalah di Amerika Syarikat hanya disasarkan kepada golongan tertentu seperti golongan elit dan juga segelintir masyarakat yang mempunyai tahap celik huruf yang tinggi.
Majalah telah mengalami perkembangan yang pesat dan menjadi sebuah industri yang besarpada abad ke-19. hal ini disebabkan oleh peningkatan teknologi dalam percetakan, bertambah kadar celik huruf akibat posisi pendidikan wajib di sekolah dan juga pembaharuan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Majalah-majalah yang diterbitkan pada ketika itu kebanyakannya berkaitan dengan soal-soal kesusteraan, politik, agama dan juga sosial.
Di Malaysia, majalah berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan pada abad ke-20, iaitu Khizanah al-Ulum dan diikuti oleh al-Imam dua tahun selepasnya. Pada tahun 1990-an, dunia permajalahan Melayu semakin aktif kerana mendapat rangsangan dalam meningkatkan prestasi penerbitan yang lebih banyak berbanding dengan sebelum ini. Menurut Dr. Hamedi, kecanggihan teknologi penerbitan merupakn faktor yang membuka laluan kepada semua individu yang beminat untuk memulakan perniagaan penerbitan.


RISALAH
Menurut Kamus Dewan (2005), risalah bermaksud karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara. Risalah juga merujuk kepada bahan-bahan edaran atau siaran. Tujuan risalah adalah untuk memuatkan maklumat dan memberi penerangan tentang sesuatu perkara seperti produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum dan juga kemudahan pengiklanan yang lazimnya digunakan oleh para peniaga untuk mempromosikan barangan mereka.
Pereka akan menghasilkan risalah dalam bentuk dan gaya mengikut kehendak pelanggan. Kebiasaannya risalah akan dihasilkan dengan menggunakan tiga kombinasi, iaitu tipografi, ilustrasi dan juga reka letak. Ketiga-tiga kombinasi ini akan menghasilkan risalah yang menarik perhatian masyarakat. Lazimnya risalah dibuat dalam sehelai kertas yang dilipat dua, tiga atau beberapa kali lipatan dan ditulis pada kedua-dua sisi. Maklumat dalam risalah mestilah ditulis secara ringkas, tepat dan maksud yang hendak disampaikan mudah difahami.


SURAT KHABAR
Menurut Kamus Dewan (2005), surat khabar ialah kertas bercetak yang menyiarkan berita dan lain-lain. Surat khabar juga merupakan penerbitan berkala sama ada harian, mingguan, atau bulanan yang memuatkan berita semasa. Akhbar biasanya dicetak pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar dan berisi berita-berita terkini dalam pelbagai topik. Topiknya boleh terbentuk daripada hal-hal am seperti politik, jenayah, sukan, rencana atau cuaca. Akhbar juga turut mengandungi kartu, teka-teki dan hiburan lain. Secara umumnya, akhbar memperoleh pendapatan daripada pengiklanan dan langganan pembaca. Namun kini, terdapat akhbar percuma yang menghasilkan pendapatan mereka semata-mata daripada pengiklanan dan diedarkan secara percuma kepada pembaca.
Akhbar pertama ialah “Public Occurrence” yang diterbitkan di Boston New Letter pada tahun 1960. Penerbian akhbar ini tidak mendapat kebenaran daripada pihak pemerintah, malah mendapat pelbagai tohmahan dan tindasan daripada masyarakat. Penerbit akhbar ini telah ditangkap serta setiap salinan akhbar tersebut juga dimusnahkan. Namun demikinan, pada tahun 1783, akhbar telah memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal negara (John Vivian, 2008). Akhbar berfungsi sebagai salah satu cara untuk untuk menyebarkan manifesto propaganda kepada masyarakat. Akhbar pada ketika itu masih dikawal oleh pihak pemerintah dan setiap isi kandungan akhbar hanya menyebarkan perkara-perkara yang baik sahaja berkenaan kerajaan. Pada tahun 1971, kebebasan akhbar tidak lagi disekat dan akhbar Amerika telah mula ambil peranan sebagai media utama dalam hal ehwal negara dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat tanpa sekatan daripada kerajaan.
Di Malaysia, dunia akhbar bermula pada abad ke-19. Pada ketika itu, akhbar merupakan salah satu media yang menyalurkan kesedaran kebangsaan kepada masyarakat serta menyeru orang Melayu supaya bersatu padu. Selain itu, terdapat juga akhbar untuk Kaum Muda seperti “al-Iman”, “Neracha” dan “Pengasuh”, manakala akhbar untuk Kaum Tua seperti akhbar “Suara Benar” yang bertujuan menyalurkan ideologi-ideologi mereka.
Akhbar telah berkembang sejak sekian lama sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Akhbar memainkan peranan yang penting terhadap masyarakat dalam menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan politik, ekonomi, gaya hidup dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat sebanyak 153 buah akhbar dan majalah telah diterbitkan sepanjang tempoh 1896 hingga 1940. Sebanyak 147 buah akhbar berbahasa Melayu.
Akhbar mempunyai dua jenis, iaitu tabloid dan broadsheet. Kini, kebanyakan akhbar telah beralih kepada jenis tabloid seperti yang dilakukan oleh New Straits Times (NST) dan Berita Harian kerana lebih mudah dibaca dan lebih dinamik. Akhbar juga boleh dikaegorikan kepada beberapa kategori seperti akhbar harian, akhbar mingguan (Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Kosmo Ahad, Metro Ahad, The Sunday Star dan The Sunday Sun), akhbar siasah (Harakah, Suara Keadilan, Buletin Rakyat, Era Baru, Watan dan I Luv Islam), akhbar perniagaan dan ekonomi (Mingguan Editor) serta akhbar kewangan dan pelaburan (The Edge).

2.2.3  Media Eletronik
Media eletronk ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat eletronk moden seperti radio,televisyen dan lain-lain. (Kamus Dewan 2005).Media eletronik juga merupakan alat sebaran yang menggunakan teknologi eletronik untuk dicapai oleh pengguna seperti radio,televisyen,computer,telefon dan lain-lain.
Di Malaysia,media eletronik bermula sekitar tahun 1930-an melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur menerusi udara. Pada tahun 1937,Kerajaan Kolonial British telah menubuhkan Brritish Malayan Broadcasting Corporation yang berpusat di Singapura.Apabila berlaku Perang Dunia Kedua,stesen penyiaran berkenaan digunakan untuk menjadi medium utama propaganda bagi menyokong British dan sekutunya. Semasa penaklukan Jwpun, iaitu antara tahun 1941-1945, penyiaran beroperasi dalam skala kecil, iaitu siarannya dipancarkan di antara Pulau Pinang, Melaka dab Seremban. Kerajaan British kemudiannya mengambil alih dan menubuhkan Jabatan Penyiaran Malaya yang fokus utamanya adalah untuk menghadapi ancaman komunis yang berlarutan sehingaa Malaysia mencapai kemerdekaan . Pada tahun 1959, radio mula beroperasi di Kuala Lumpur menakala Televisyen Malaysia dilancarkan pada 28 Disember 1963.
Jadual 2.5 Kronologi media awal eletronik
Tahun
Sejarah
1946
Penyiaran radio tanpa wayar
1963
Pengenalan TV hitam putih RTM1
1969
Pengenalan TV hitam putih RTM2
1970
Stesen satelit bumi piawaian antarabangsa di Kuantan diperkenalkan untuk menyediakan sambungan TV ke Sabah dan Sarawak dan untuk transmisi ke luar negara  
1973
Kemunculan teknologi percetakan modem barat membolehkan lebih banyak halaman berwarna diterbitkan
1978-1983
TV berwana
1984
Rangkaian TV swasta TV3
1989
Pelancaran stesen radio swasta-suara Johor
1994
Pelancaran Metrovision,Time Highway Radio
1998
NTV7 diperkenalkan sebagai saluran teretrial
 
 Media eletronik telah berkembang pesat pada masa kini sehingga memberi kemudahan kepada manusia di seluruh dunia untuk saling berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, kepesatan media eletronik ini juga telah membawa kesan yang besar kepada masyarakat dan juga memberi faedah kepada dunia dalam menyapaikan maklumat.



Jenis-Jenis Media Eletronik

Antara jenis media eletronik adalah seperti yang berikut:

Televisyen
Televisyen berasal daripada Bahasa Greek iaitu “tele”(jauh) dan Bahasa Latin “Visio”(penglihatan). Menurut Kamus Dewan (2005), televisyen membawa maksud penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen.Selain itu, televisyen juga merupakan sejenis media komunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gamabr bergerak ,sama ada monokrom(hitam putih) mahupun berwarna yang lazimnya diiringi dengan bunyi. Kemudiannya Fransworth telah mendapat dana untuk membuat makmal dan akhirnya pada tahun 1927, gambar bergerak pertama dihasilkan. Alat yang dicipta oleh Fransworth dinamakan sebagai “image dissector” yang merupakan alat yang hebat.
 Oleh sebab tidak mahu mengaku kalah dengan alat ciptaan Fransworth, maka
RCA telah mengatakan bahawa Vladimir Zworykin juga telah menemui sebuah lat,iaitu “iconoscope” dan di anggap sebagai orang menemui televisyen. Hal ini kerana RCA akan mendapat keuntungan dengan penemuan paten televisyen tersebut.
   Televisyen pertama di Malaysia adalah pada tahun 1963, iaitu televisyen hitam putih. Pada 1 Januari  1972, setelah 9 tahun tetubuhnya Persekutuan  Malaysia , RTM dengan julung kalinya mewujudkan radio untuk luar negara yang dinamakan Suara Malaysia .











Radio
Radio ialah sebuah alat yang meyampaikan maklumat melalui gelombang electromagnet, atau gelombang listerik yang berfrekuensi tinggi, yang mengaplikasikan prinsip getaran udara.
Pada tahun 1865, James Clerk Maxwell telah mengumumkan teori gelombang electromagnet sehinggakan beliau digelar sebagai ‘Bapa Radio ‘ oleh Drs.Ton kertapati . Kemudiannya, seorang sarjana Jerman yang bernama Heinrich Rudolf Hertz telah melakukan eksperimen dengan teori-teori Maxwell dan menemukan gelombang electromagnet (gelombang radio) dan cuba melepaskan getaran-getaran liserik dengan cepat ke angkasa. Terdapat beberapa orng saintis dari pelbagai negara,seperti Karl Braun dan Adolp(Jerman), Alxander Popov (Rusia), Eugene Ducretet (Perancis), Oliver Lodge dan Alexander Muirhead (Inggeris), Reginald Fessenden dan Nicola Tesla(Amerika Syarikat) dan Augusto Righi (Italia) telah membuat eksperimen tentang gelombang ini (Edwi Arief Sosiawan,t.t)..
  Pada tahun 1898, Guglielmo Marconi dari Itali telah mendirikan World’s Commercial Radio Service’. Beliau telah dianggap sebagai penemu gelombang radio.Berdasarkan pembacaan di buat oleh Hertz,Righi dan Lodge.
Akhirnya pada penghujung tahun 1895, Marconi telah mampu mengirimkan isyarat gelombang sejauh 48 km. Setahun kemudian, beliau mampu mengirimkan isyarat tersebut sejauh 106 km dan setelah itu, Berjaya sehingga jarak 240 km pada tahun 1900.
 Pertama kali suara manusia dapat disiarkan dalam radio adalah pada bulsn Disember 1900 oleh Fessenden. Pada tahun tersebut juga,de Forest menemui “thermionic triode” yang merupakan pencetus besar kepada industry elektronik pada tahun 1925. Dua puluh tahun berikutnya , radio telegrafi digunakan untuk perhubungan kapal ke pantai (ship-shore communicaion).




Terdapat empat jenis gelombang radio yang digunakan,iaitu:
  1. Gelombang panjang
  1. Memerlukan daya listerik yang sangat besar dan mahal
  2. Mudah mendapat gangguan kerana jenis gelombang yang panjang




  1. Gelombang pendek
Gelombang yang menggunakan udara sebagai pengantara.
Kebaikan gelombang ini ialah:
  1. Mampu menjangkau wilayah yang luas
  2. Banyak digunakan oleh pemancar antarabangsa atau benua sebagainya
    
Kelemahan gelombang ini ialah:
  1. Banyak gangguan khususnya dari matahari,cuaca,udara,halilintar dan sebagai nya
  2. Suara manusia dapat didengar dengan baik tetapi penggunaan “sound effect” kehilangan suara.
  1. Gelombang medium
Gelombang yang menggunakan permukaan bumi sebagai pengantara. Secara umum kebanyakan gelombang yang digunakan oleh stesen radio ialah jenis gelombang AM dan FM. Gelombang ini mempunyai kebaikan dan kelemahan:

  1. Permukaan bumi kurang dipengaruhi cuaca dan tidak menimbulkan gangguan
  2. Mutu penyiaran lebih bagus

Kelemahan
  1. Tanah menyerap gelombang lebih cepat dari udara yang menyebabkan jarak jangkauan siaran lebih sempit
  1. Gelombang AM dan FM.
Terdapat beberapa perkara yang membezakan AM dan FM .
  1. Berbeza tempat spectrum.frekuensi stesen AM adalah antara 535 hingga 1705 khz.manakala stesen FM berada antara 88.1 hingga 107.9 mhz
  2. 10 kc menjadi pemisah frekuensi AM dan 200 kc bagi frekuensi fm.


Internet
Menurut kamus dewan(2005), internet ialah rangkaian computer antarabangsa yang membolehkan pengguna computer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
 Internet bermula pada ogos 1962 yang dicipta oleh J. C. R. Licklider yang berkonsepkan “Galactic Network”. Beliau mengemukan tentang jaringan global yang membolehkan manusia mengakses data dan program.
Pada tahun 1966. Larry Roberts  telah mengembangkan konsep jaringan computer. Kemudian , beliau merencanakan jaringan yang disebut sebagai Advanced Reasearch Projects Agency Network(ARPANET) yang disebarkan pada tahun 1967.
  Seterusnya ,pada tahun 1971,jumlah computer yang terhubung kepada ARPANET mencapai 14 buah. Beliau juga memperkenalkan ‘user@host’
  Pada tahun 1982,defense agency communication agency(DCA) dan DARPA membentuk suatu jaringan informasi yang dapat dipindahkan dan akhirnya semua standard(ukurab ) yang ditentukan oleh mereka menjadi pengasas kepada pembangunan protocol baharu dikenali sebagai Transmission Control Protocol/ Internet Protocol (TCP/IP).TCP/IP ialah sekelompok pelayar yang mengatur komunikasi data dalam proses tukar-menukar data dari satu computer peribadi (PC) ke computer peribadi yang lain dalam jaringan internet untuk memastikan data sampai ke tempat tujuan.



Telefon
Telefon berasal darioada Bahasa yunani ,iaitu ‘tele’(jauh ) dan ‘phone’(suara) yang merupakan alat telekomunikasi yang digunakan untuk memancar dan menerima bunyi (kebiasanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat dan secara bebas.

Jadual 2.6 sejarah penciptaan telefon
Tahun
Sejarah penciptaan telefon
1849
Telefon telah diperkenalkan oleh Atonio Meucci di Havana
1854
Charles Boursel telah menerangkan tentang make-break transmitter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrument kerja.
1859
Penulisan tentang pemindahan suara dengan menggunakan gelombang eletrik telah ditulis oleh Johann Philip Reis  dalam artikelnya.
1860
Meucci dijangka mendemotrasikan telefon .
1861
Pada tahun ini suara Berjaya dipindahkan secara eletrik dengan jarak  melebihi 340 kaki oleh Reis.
1871
Meucci telah menfailakan suatu paten kaveatnya
2 jun 1875
Alexander graham bell ialah orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon
1 julai 1875
Telefon dwiarah (penghantar penerima isyarat merupakan inrumen membrane yang sama)
14 februari 1876
Bell menfailkan telefon sebagai reka bentuk pertama beliau.
30 januari 1877
Reka bentuk dengan transmitter-penerima elektrodinamik te;lah di patenkan oleh Bell

No comments:

Post a Comment